Friday, November 5, 2010

Kenapa Kereta Terpakai?

  • Kereta-kereta terpakai. Ya, daripada segi wang muka dan kadar faedahnya sedikit lebih tinggi berbanding kereta  baru tetapi harga atas jalannya jauh lebih rendah berbanding yang baru. Gunakan pertimbangan sewajarnya dalam memilih model yang mahu dibeli.
  • Tepuk poket, tanya bajet. Berapa dana yang disediakan untuk bayaran pendahuluan. Ingat, bagi kereta baru minimum pendahuluannya ialah 10 peratus daripada harga atas jalan. Tetapi jika membayar hanya 10 peratus, kadar faedahnya juga tinggi dan bayaran bulanannya pun boleh tahan. Ingat, bayaran bulanan kereta anda tidak sepatutnya melebihi satu pertiga daripada pendapatan kasar bulanan

No comments:

Post a Comment